TEKNOLOGI MEMUDAHKAN KEHIDUPAN

Friday, September 17, 2010

Pengesanan Prestasi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010 LK-T4

LUKISAN KEJURUTERAAN
PENGESANAN PRESTASI
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN - 2010

TINGKATAN 4 GAMMA

.ULASAN PENCAPAIAN KESELURUHAN

70% lulus  dengan penilaian holistik adalah tidak memuaskan. Gred terbaik yang diperoleh ialah B+. Markah yang sangat lemah ialah di bawah 10% oleh dua orang pelajar yang tidak menunjukkan kemajuan daripada ujian Mac tempohari.

KEKUATAN

1.      Penilaian holistik dapat membantu peningkatan bilangan pelajar lulus.

2.      Beberapa soalan dan masa yang diperuntukan adalah yang sebenarnya seperti corak SPM, oleh itu pelajar dapat menganggarkan tahap keupayaan mereka terhadap subjek ini.
KELEMAHAN

1.         Terdapat sebilangan besar pelajar yang masih tidak cekap dalam kepantasan menjawab (melukis).
2.         Pelajar yang lemah di kenalpasti sangat lemah dan tidak berkeyakinan dengan penguasaan konsep.
3.         Terdapat 2 orang pelajar yang tidak mengambil peperiksaan di waktu yang ditetapkan kerana seorang mengikuti aktiviti kokurikulum sekolah dan seorang lagi cuti akibat kemalangan.
4.         Markah holistik tidak sebenar menggambarkan keupayaan mereka terhadap penguasaan subjek.
5.         Pelajar  yang tidak lulus dengan markah yang sangat lemah dikenalpasti kerap tidak hadir P&P.

STRATEGI PENINGKATAN PRESTASI

  1. Mengenalpasti pelajar yang cemerlang, baik, sederhana dan lemah, untuk memberi pendekatan P&P yang berbeza.
  2. Memberi latihan tambahan kepada pelajar yang lemah dan mengukuhkan konsep setiap tajuk sehingga berjaya.
  3. Mengambil pelajar yang cemerlang untuk menjadi rakan ‘pembimbing’ kepada pelajar yang lemah.
  4. Menggalakkan dan menasihati agar pelajar jangan sewenangnya tidak hadir P&P.
AKTIVITI PERLAKSANAAN (CADANGAN PROGRAM YANG DIJALANKAN)

  1. Mengajar secara terus (cara demonstrasi) dengan memberi tunjukcara pada kertas lukisan pelajar berkenaan.

KEKANGAN (MASALAH)
- Tiada-

No comments:

Post a Comment

tkasih...komen lah lagi...