TEKNOLOGI MEMUDAHKAN KEHIDUPAN

Friday, September 17, 2010

post moterm percubaan lk

LUKISAN KEJURUTERAAN
PENGESANAN PRESTASI
PEPERIKSAAN PERCUBAAN 1 - 2010

TINGKATAN 5 GAMMA

.ULASAN PENCAPAIAN KESELURUHAN

Sedikit merosot daripada keputusan Ujian bulan Mac iaitu terdapat 2 pelajar gagal (Ujian Mac – 100% lulus). Bilangan yang mendapat kumpulan gred A (A+,A,A-) adalah 8 orang.

Keputusan yang merosot ini kerana tajuk pengujiannya adalah mengikut standard SPM sebenar dan para pelajar masih belum bersedia mengulangkaji tajuk-tajuk daripada tingkatan 4.

Terdapat 3 calon yang tidak dapat menduduki peperiksaan kerana masih dalam cuti akibat kemalangan.

KEKUATAN

  1. Terdapat beberapa orang pelajar yang telah dikenalpasti sentiasa dapat mengekalkan prestasi A setiap kali ujian/peperiksaan.

  1. Format soalan dan masa yang diperuntukan adalah yang sebenarnya seperti corak SPM, oleh itu pelajar dapat menganggarkan tahap keupayaan mereka terhadap subjek ini.


KELEMAHAN

1.        Terdapat sebilangan besar pelajar yang masih tidak cekap dalam kepantasan menjawab (melukis).
2.        Pelajar yang lemah di kenalpasti sangat lemah dan tidak berkeyakinan dengan penguasaan konsep.
3.        Terdapat 3 orang pelajar yang bercuti akibat kemalangan, 2 di antarnya adalah lemah dalam subjek Lk. Manakala yang seorang lagi adalah baik dan berpotensi mendapat A.

STRATEGI PENINGKATAN PRESTASI

  1. Mengenalpasti pelajar yang cemerlang, baik, sederhana dan lemah, untuk memberi pendekatan P&P yang berbeza.
  2. Memberi latihan tambahan kepada pelajar yang lemah dan mengukuhkan konsep setiap tajuk sehingga berjaya.
  3. Mengambil pelajar yang cemerlang untuk menjadi rakan ‘pembimbing’ kepada pelajar yang lemah.

AKTIVITI PERLAKSANAAN (CADANGAN PROGRAM YANG DIJALANKAN)

  1. Memberi latihan  terpilih daripada soalan-soalan SPM (Past years question) kepada semua murid.
  2. Mengadakan kelas ‘Main Peranan’. Pelajar akan dibahagikan kepada 5 Kumpulan (1 kumpulan 5 orang) dan di bagi tajuk. Semua pelajar perlu menjawab dalam kertas masing-masing dan seorang wakil dari setiap kumpulan akan membuat ‘presentation jawapan’.
  3. Mengikuti program yang dianjurkan oleh JPM (unit Teknik dan Vokasional) yang mengkehendaki setiap sekolah menghantar 4 Orang pelajar yang lemah LK.

KEKANGAN (MASALAH)

- Tiada-

No comments:

Post a Comment

tkasih...komen lah lagi...